Mengenal diri
Allah SWT berfirman:
وَلِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَ رْضِ ۗ وَاِ لَى اللّٰهِ تُرْجَعُ الْاُ مُوْرُ
wa lillaahi maa fis-samaawaati wa maa fil-ardh, wa ilallohi turja'ul-umuur
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 109)
Telah nyata dalam Quran Allah menerangkan bahawa segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah..
Kita masih meragui ini semua dengan tindakan kita.
Seandai kita fikir kembali Allah menguji kita dengan berbagai ujian dn dugaan.. Antaranya sebagai pemilik rezeki dengan kekayaan.. Tetapi kita sebagai pemilik kedekut tanpa kita sedari Allah pemilik kekayaan dan rezeki yang banyak tidak pernah kedekut memberi kepada mahluknya dan mereka yang Allah kehendaki.. Tetapi kita risau takut harta kita berkurang bila sedekah sedikit harta kita ke jalan Allah sehingga Allah sebut dlm Quran
Allah SWT berfirman:
مَنْ ذَا الَّذِيْ يُقْرِضُ اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضٰعِفَهٗ لَهٗۤ اَضْعَا فًا کَثِيْرَةً ۗ وَا للّٰهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُطُ ۖ وَ اِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ
man zallazii yuqridhulloha qordhon hasanan fa yudhoo'ifahuu lahuuu adh'aafang kasiiroh, wallohu yaqbidhu wa yabshuthu wa ilaihi turja'uun
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 245)
Manusia masih lagi kedekut..
Maka benarlah bhawa Allah maha pemurah dengan rezekinya
Jangan lupa rezeki itu ada berbagai..
Ada seketikanya Allah bagi peluang kita mengaturnya mahluknya contohnya sebagai pemilik syarikat dengan pekerja yang ramai tetapi kita sebagai majikan lupa untuk memberitahu pekerja agar menunaikan solat malah ada pekerja yang tak solat kerana takut di buang oleh kita. Takut di potong gaji oleh kita.. Tak puasa kerana kita..
Maka benarlah bahawa Allah lah yang sebaik baiknya mengatur urusan..
Dan ramai di antara kita lupa dan takut dengan manusia lainnya kerana kita bergantung harap kepada manusia tersebut sehingga lupa untuk bergantung dengan Allah.. Lupa bahawa NYAWANYA MILIK ALLAH REZEKINYA MILIK ALLAH ANAKNYA MILIK ALLAH.. HARTA KERETA DAN APA SAYA YG DI MILIKI ADALAH MILIK ALLAH...
Allah SWT berfirman:
وَمَا تَشَآءُوْنَ اِلَّاۤ اَنْ يَّشَآءَ اللّٰهُ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَا نَ عَلِيْمًا حَكِيْمًا ۖ
wa maa tasyaaa`uuna illaaa ay yasyaaa`alloh, innalloha kaana 'aliiman hakiimaa
"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)."
(QS. Al-Insan 76: Ayat 30)
Comments
Post a Comment